Sanah Helwah, Ya Rasulullah :')

Assalamualaikum, alhamdulillah, mengikut kiraan tahun Islam, lepas asar kiranya kita dah masuk 12 Rabiulawal kan ?



12 Rabiulawal tahun gajah, lahirlah seorang kekasih Allah yg sampai sekarang dikenali sebagai Rasulullah S.A.W. iaitu Nabi yang terakhir hingga akhir zaman. Baginda mempunyai akhlak yg terpuji. Baginda mengangkat taraf golongan wanita yg pada ketika dahulu dianggap tidak berguna. Baginda penyelamat umat manusia daripada terus lalai mengingati Allah. Baginda sangat menyayangi umat baginda. Peribadi ini terbukti apabila di saat kematian baginda, baginda masih menyebut 'UMMATI, UMMATI, UMMATI'. Betapa sayangnya baginda kepada kita sebagai umatnya. Tetapi layak ke kita menjadi umat yg disayangi baginda ? Kita selalu sahaja lupa kepada baginda kan ? Tapi Rasulullah S.A.W tak pernah lupa kepada kita. Kdg-kdg selawat pun susah nak baca kan ? Ya Allah, kita ni sebagai manusia yg banyak sangat sangat sangat berdosa perlukan syafaat daripada baginda di akhirat kelak, tapi kenapa kita susah sangat nak berselawat keatas bagiinda ? Saya sendiri sebagai insan yg lemah selalu lupa. Jadi, sedikit sebanyak entry ni adalah untuk mengingatkan diri ini yg mudah lupa. Jom perbanyak kan selawat ke atas baginda sempena Maulidur Rasul ni. InsyaAllah kita tergolong dalam golongan yg akan memperoleh syafaat daripada baginda. Bertemu dengan baginda juga adalah satu perkara yg sangaaaaaaaaat indah ! Semoga kita dapat berjumpa dengan baginda, insyaAllah. Mari bersama-sama kita mencontohi akhlak baginda yg terpuji dan tingkatkan amalan-amalan sunnah baginda. InsyaAllah, kita akan selalu mengingati baginda.

Mari kita hayati detik-detik pemergian Rasulullah S.A.W. yg tercinta. Sama-sama kita muhasabah diri :')



Yang Baik Datangnya Dari Allah Dan Yang Buruk Datangnya Dari Saya Sendiri.
 Assalamualaikum.
Truly, Shaheera.

No comments:

Post a Comment