Alhamdulillah, alhamdulillah, alhamdulillah, dengan izin Allah, terdetik jugak hati ini untuk mengupdate blog yang sudah bersarang. Terima kasih kepada Tuhan yang Maha Agung yang telah meniupkan semangat ke dalam diri ini untuk terus menulis pendapat dan perkongsian dalam proses diri ini ditarbiyah. Sungguh, proses tarbiyah yang saya ikuti membawa perubahan kepada diri ini yang dahulunya jahil kepada mula mengenal dan mengaplikasikan ilmu Islam dengan lebih mendalam. Walaupun tidak lah sekali gus banyak, tetapi alhamdulillah, sedikit-sedikit :)
Apa khabar iman, readers sekalian ? Saya pernah mendapat pertanyaan yang sama dan saya terpaku, tidak tahu bagaimana untuk menjawabnya. Sihat ke iman kita ? Sakit ke iman kita ? Hanya kita dengan Allah yang tahu keadaan yang sebennarnya. Basically, iman manusia seperti kita ni ada turun naik nya. Kita bukan lah para malaikat yang sentiasa menaik imannya, tetapi kita hanya manusia biasa yang sering alpa dan leka. Dalam keadaan kita sedar atau tidak, dosa yang kita sumbangkan hampir setiap masa. Kita harus diberi peringatan dan saling ingat mengingati supaya kita dapat baiki diri kita. Maka, saya mengambil inisiatif untuk menulis blog ini dengan tujuan untuk saling mengingati dan mengingatkan diri yang lemah ini. Astaghfirullah, astaghfirullah astaghfirullah, perbanyakkan istighfar readers supaya hati kita sentiasa berda dengan Allah, peringatan untuk diri saya juga yang hanya lah manusia yang lemah dan selalu membuat kesilapan.
The main point untuk entry ni sebenarnya nak berkongsi sedikit tentang perkongsian dalam usrah yang saya hadiri semalam, 27 August 2012, pada jam 9 malam :) Setelah hampir 2 minggu kami tidak berjumpa dalam bulatan gembira disebabkan masa yang tidak mengizinkan, alhamdulillah semalam dapat juga berjumpa. Normally, kami bertemu seminggu sekali untuk tujuan saling mengingati antara satu sama lain, berkongsi cerita, mengeratkan silaturrahim dan membina semula Islam dalam diri kami ini. Alhamdulillah, segala puji bagi Allah yang telah memberikan saya peluang mengikuti usrah untuk diri ini ditarbiyah, alhamdulillah, alhamdulillah. Surah Asy-Syura ayat 18 hingga 30 menjadi pilihan kakak naqibah yang saya sayangi lillahita'ala untuk ditadaburkan. Ayat yang sangat menarik perhatian saya ialah :
Ayat 26 :
Dan Ia memperkenankan doa permohonan orang-orang yang beriman serta beramal salih, dan Ia menambahi mereka dari limpah kurniaNya (selain dari yang mereka pohonkan). Dan (sebaliknya) orang-orang yang kafir, disediakan bagi mereka azab seksa yang seberat-beratnya.dan
Ayat 27 :
Dan kalaulah Allah memewahkan rezeki bagi setiap hambaNya, nescaya mereka akan melampaui batas di bumi (dengan perbuatan-perbuatan liar durjana) akan tetapi Allah menurunkan (rezekiNya itu) menurut kadar yang tertentu sebagaimana yang dikehendakiNya. Sesungguhnya Ia Mengetahui dengan mendalam akan segala keadaan hambaNya, lagi Melihat dengan nyata.
Ayat itu sangat memberi semangat kepada saya :') Saya sangat tersentuh membaca ayat itu, sungguh. Benar lah yang dikatakan orang, rezeki ada di tangan Allah dan Allah yang memberi rezeki, Ya Razak :') Sebelum ini, pernah saya terfikir, kenapa tak dapat apa yang saya hendak ? Maka ini lah jawapan yang Allah berikan kepada saya, ya ini lah dia jawapan yang saya cari-cari, terima kasih Ya Allah, syukran :) Allah beri saya apa yang saya perlu dan bukan apa yang saya hendak, dan mengikut kadar yang tidak melampaui batas. Ayat ini dapat direlatekan dengan Surah Al-Baqarah, Ayat 216, Allah berfirman :
Begitulah, Allah Maha Penyayang, Maha Mengetahui. Allah telah menetapkan apa yang terbaik untuk diri kita maka kita harus optimis dalam apa jua keadaan. Walaupun apa yang kita dapat tu bukan apa yang kita harapkan, sesungguhnya, Allah telah menetapkan yang terbaik, percayalah akhowat ikhwah sekalian :)
Itulah salah sedikit perkongsian dalam entry ini, semoga bermanfaat insyaAllah :)
Sempena Hari Raya Aidilfitri ni, kakak naqibah yang disayangi lillahita'ala telah menunjukkan video yang membawa saya untuk bermuhasabah diri, saksikanlah :)
Semoga bermanfaat untuk kita semua, insyaAllah
Wassalam :)
Kamu diwajibkan berperang (untuk menentang pencerobohan), sedang peperangan itu ialah perkara yang kamu benci dan boleh jadi kamu benci kepada sesuatu padahal ia baik bagi kamu, dan boleh jadi kamu suka kepada sesuatu padahal ia buruk bagi kamu. Dan (ingatlah), Allah jualah Yang Mengetahui (semuanya itu), sedang kamu tidak mengetahuinya.Alhamdulillah, jawapan dari Allah ini yang membuatkan saya lebih tabah dan bersemangat dalam menempuh jalan hidup yang sementara ini, alhamdulillah alhamdulillah, segala puji bagi Allah :')
Begitulah, Allah Maha Penyayang, Maha Mengetahui. Allah telah menetapkan apa yang terbaik untuk diri kita maka kita harus optimis dalam apa jua keadaan. Walaupun apa yang kita dapat tu bukan apa yang kita harapkan, sesungguhnya, Allah telah menetapkan yang terbaik, percayalah akhowat ikhwah sekalian :)
Itulah salah sedikit perkongsian dalam entry ini, semoga bermanfaat insyaAllah :)
Sempena Hari Raya Aidilfitri ni, kakak naqibah yang disayangi lillahita'ala telah menunjukkan video yang membawa saya untuk bermuhasabah diri, saksikanlah :)
Semoga bermanfaat untuk kita semua, insyaAllah
Wassalam :)
:") Alhamdulillah.
ReplyDeleteAfter a long hiatus, here we go again XD
ReplyDelete