Showing posts with label Books. Show all posts
Showing posts with label Books. Show all posts

Random

Assalamualaikum. It's Rejab already, may we meet Ramadhan Al-Mubarak insyaAllah. Ramadhan, the month full of barakah. Excited nya nak iftar and tarawikh reramai :)


Bila masuk bulan Rejab je, ramai yang akan start berpuasa. Alhamdulillah, puasa kan menyekat nafsu, benda baik, bagus diteruskan. Tetapi, banyak spekulasi yang kita tidak tahu akan kesahihannya tentang keistimewaan berpuasa pada bulan Rejab. Ada yang war-war kan supaya berpuasa pada bulan Rejab mengikut pengkhususan hari dan sebagainya. Tapi dari mana kenyataan itu keluar ? Hadis ? Jika benar kenyataan itu berdasarkan hadis, adakah sahih hadis itu ? Siapakah perawi hadis itu ? Sekarang ni, banyak hadis palsu yang diragu akan kesahihannya. Maka, jangan lah kita percaya sepenuhnya terhadap sesuatu hadis yang belum tentu akan kesahihannya. Diri ini juga bukan lah sempurna, masih lagi belajar untuk menjadi yang lebih baik dari sekarang. Peringatan ini juga adalah untuk diri ini yang selalu terlupa. Kalau salah, tolong tegur, it's a pleasure to know the truth :)

Syaikhul Islam Ibnu Taimiyah mengatakan,”Adapun mengkhususkan bulan Rajab dan Sya’ban untuk berpuasa pada seluruh harinya atau beri’tikaf pada waktu tersebut, maka tidak ada petunjuk dari Nabi saw dan para sahabat mengenai hal ini. Juga hal ini tidaklah dianjurkan oleh para ulama kaum muslimin. Bahkan yang terdapat dalam hadis yang shahih (riwayat Bukhari dan Muslim)"


"Adapun melakukan puasa khusus di bulan Rajab, maka sebenarnya itu semua adalah berdasarkan hadis yang seluruhnya lemah (da’if) bahkan maudhu’ (palsu). Para ulama tidaklah pernah menjadikan hadis-hadis ini sebagai sandaran. Bahkan hadis-hadis yang menjelaskan keutamaannya adalah hadis yang maudhu’ (palsu) dan dusta.”(Majmu’ Al Fatawa, 25/290-291)

As the conclusion, tidak ada pengkhususan berpuasa di bulan Rejab ini. Tetapi, sesiapa yang mahu berpuasa, teruskan, hanya Allah yang tahu akan ganjarannya, jadi mari lakukannya dengan ikhlas. Ikhlas tu bukan benda yang senang, tapi insyaAllah, kalau niat kita Lillahita'ala, ikhlas tu akan datang dengan sendirinya. Semoga kita istiqamah melakukan ibadah.


Okay, next topic. Pagi ni, buku ' Pemilik Cintaku Setelah Allah & Rasul ' sudah berjaya dihabiskan, jyeaaaah ! Alhamdulillah, tinggal lagi dua buku yang dikarang oleh Fatimah Syarha berada dalam simpanan dan menunggu masa untuk dihabiskan wooohoo ~ Buku ni sangat awesome ! Try baca, banyak info yang sangat sangat sangat berfaedah dan motivasi untuk kita terus berubah. Serious, tak tipu. Kita pun banyak buat silap, bila baca buku ni, rasa macam sangat kerdil, sangat hina. Tapi, dalam buku ni jugak banyak kata-kata semangat yang boleh membangkitkan diri ini untuk terus berubah meniti kehidupan yang akan datang. Bila baca buku ni, lagi membuak-buak perasaan nak bercinta lepas berkahwin. Kelebihannya, Ya Allah, sangaaaaat banyak ! Kita cari keredhaan Allah dulu, insyaAllah berkat sepanjang kehidupan. Ya, kita akui, kita pernah buat salah, banyaaaaaak salah, tapi harus ada tekad untuk berubah. Berubah walau sedikit, insyaAllah Allah nampak. Kita nak minta maaf sangat dekat semua orang kalau ada buat salah, sengaja atau tidak, kita manusia biasa yang tidah terlepas membuat kesilapan, jadi kemaafan dipinta.


Lepas baca buku ni, baru tersedar, kecintaan kepada Allah akan ku jadikan priority dalam diri ini. You are the number one for me, Ya Rabbul Izzati. InsyaAllah, akan ku isi masa ku dengan lebih mengenali dan mencintaiMu. Doa daripada anda semua sangat dialu-alukan.

That's all, thank you for stopping by. Till we meet next time, insyaAllah. Fi amanillah :)
Truly, Shaheera.